Rezeki ..Bersyukur Atau Sebaliknya..Di Mana Kita ?

niagaHujan membawa rahmat
Hujan memberi rezeki kepada yg memerlukan
Bersyukurkah kita ?

Kasihan pada pasangan ini
Berniaga dalam khemah 8×8 kecil
Ditimpa pula hujan lebat
Semata2 mencari rezeki yang halal dan berkat
Untuk menampung kehidupan hariannya bersama anak2
Sehingga ditanya pasangan ini
Mereka bahagia
Hanya ini yg mereka tahu
Berpanas, berhujan..lencun !
Cucuk dinding batu atm pun belum tentu ada duit
Tapi mereka bersyukur dan bahagia.

Kita di mana kerja ?
Dalam ofis sejuk
Tak kena hujan
Tak kena panas terik
Masih ramai merungut
Sedangkan setiap bulan cucuk dinding atm pasti ada duit
Sukar bersyukur

Kita berniaga di mana ?
Hanya ngadap smartphone, tab atau laptop
Semuanya dihujung jari
Di dalam rumah sendiri
Tidak berpanas tidak berhujan
Masih merungut tentang kesukaran?
Masih merungut tentang pendapatan?
Masih nak mencuri pelanggan dari page orang lain ?

Fikirkan dan…
Bandingkan kehidupan kita dengan pasangan ini
Mungkin kita boleh belajar banyak perkara dari mereka
Tentang syukur
Tentang bahagia
Tentang keikhlasan
Tentang kejujuran

Hampir 10 tahun lalu
Saya seperti mereka
Dalam khemah 8×8 menjaja goreng pisang depan SJMC
Saya faham jerih perih , manis mereka..
Syukur Alhamdulillah saya banyak belajar dari apa yang telah saya lalui.

Bersyukur bukan angkuh
Bersyukur bukan aniaya
Bersyukur bukan merintih
Bersyukur bukan merungut
Bersyukur bukan hanya sembang
Bersyukur untuk di amalkan dan dihayati

Kerana dengan bersyukur dan redha
Insyaallah Allah akan tambah nikmat dan pemberianNya lagi.

Moga Allah bantu pasangan ini dan peniaga2 seperti dengan menambah rezeki mereka, berkati mereka, rahmati mereka dan permudahkan segala urusan mereka.
Amin