Rahsia Bagaimana Saya Menjalankan Perniagaan Internet Dan Anda Juga Boleh!- Part2

Berjumpa lagi kita disini.  Semakin banyak yang kita tempuhi semakin banyak yang kita pelajari dalam kehidupan ini. Begitu juga bila kita menjalankan perniagaan internet atau dengan ringkas bisnet internet dan seterusnya menjadi usahawan internet. Pada entri blog sebelum ini saya sudah terangkan betapa pentingnya untuk membuat keputusan untuk buat yang mana satu dan seterusnya berjaya bergelar seorang usahawan internet. So ambil keputusan dan stick pada keputusan anda.

Langkah 2 – Dapatkan Pendidikan/ Belajar ilmu Internet Marketing

Dahulu masa saya belum tahu apa itu internet marketing sebenarnya saya TERSILAP fikir bahawa perniagaan internet atau bisnes internet ada satu ‘magic button‘ yang bila saya picit dan gunakan dia saya akan dapat USD10, USD100, USD1000 atau puluhan ribu dengan mudah dan pantas. Kalau betul ‘magic button‘ tu ada sudah tentu semua orang kaya kan?…tetapi malangnya ‘magic button’ tu TIADA sebenarnya.

Mendapatkan pendidikan dan belajar ilmu perniagaan internet ini sangat penting dalam menentukan kejayaan kita dalam menuju jalan untuk menjadi usahawan internet. Umpamanya, jika anda ingin jadi doktor belajarlah ilmu kedoktoran daripada tempat belajar ilmu kedoktoran dan praktis ilmu tersebut barulah anda boleh bergelar seorang doktor. Sama juga jika anda ingin jadi seorang jurutera.  Dalam perniagaan internet juga sama. Dapatkan pendidikan usahawan internet untuk bergelar usahawan internet.

So, di mana anda boleh mendapatkan pendidikan usahawan internet/ belajar perniagaan internet?

Sebenarnya ia terpulang pada masing-masing. Bukan semua tempat/buku mengajar semua benda pada masa yang sama. Bergantung kepada keputusan anda…jika anda ingin jadi penulis dan buat duit di internet anda perlulah belajar cara penulisan yang betul di internet dari tempat yang betul.  So, ia bergantung pada misi dan visi masing-masing. Namun, jika anda telah mengambil keputusan utnuk jadi affiliate seperti saya, saya akan kongsikan beberapa cara untuk anda mendapatkan ilmu perniagaan internet seterusnya mempertingkatkan ilmu perniagaan internet anda dan berjaya misi dan visi anda untuk menjadi usahawan internet.

EBOOK (Buku Elektronik)

Terdapat banyak buku-buku elektronik dan fizikal yang anda boleh dapatkan dan membacanya untuk mendapatkan ilmu-ilmu perniagaan internet. Masalah dengan ebook-ebook ini ialah anda tidak akan tahu sama ada buku-buku ini dapat membantu anda ataupun tidak sehinggalah anda membeli serta membacanya. Ada sebahagian buku-buku tersebut bagus dan ada juga yang langsung tak membantu.  So, berhati-hati dalam mencari ebook-ebook yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

Forum

Benar! Forum adalah salah satu tempat terbaik untuk mendapat nasihat, pandangan dan ilmu-ilmu dalam perniagaan internet secara online. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu dalam memperbetulkan langkah anda dalam melaksanakan perniagaan internet. Forum juga menjadi salah satu tempat terbaik untuk mendapatkan info-info yang bagus untuk topik-topik anda ingin ceburi dalam melakukan bisnes affiliate seterusnya mempertingkatkan network anda di internet. Cumanya, salah satu kelemahan forum adalah agak sukar untuk mendapatkan info yang benar-benar mantap. So, anda kena kenal pasti siapa yang anda boleh percaya untuk mendapatkan info-info yang anda perlukan. Ianya akan ambil masa.

Salah satu forum untuk belajar Buat Perniagaan Internet adalah di http://MalaysianMarketers.com dan di peringkat antarabangsa adalah http://warriorforum.com.

Mendapatkan Mentor/Guru/Coach untuk belajar Bisnes Internet

Yup. untuk berjaya dalam perniagaan internet anda perlukan seseorang yang anda boleh jadikan guru, mentor atau coach anda. Seperti saya, saya mendapatkan guru/coach di Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor Bhd untuk memahami cara, teknik, strategi dan konsep perniagaan internet sebenar. Banyak kelebihan jika belajar sesuatu dengan adanya mentor,guru atau coach ini. Antaranya kita akan lebih memahami konsep sebenar perniagaan internet, strategi dalam menjalankan bisnes internet dan yang TERPENTING adalah ada orang yang menegur kita jika buat kesilapan dan ada orang tunjuk ajar ‘button‘ mana nak klik,    ayat apa nak pakai dan banyak lagi. Masalah utama untuk mendapatkan mentor/coach adalah bagaimana untuk mengetahui yang coach/mentor itu benar-benar layak untuk anda mendapatkan ilmu dari mereka. Antara ciri-ciri yang perlu anda lihat adalah :

a- Adakah program yang bakal anda ikuti itu dapat membantu anda atau tidak?

b- Adakah coach/mentor/guru anda itu berjaya dalam perniagaan internet sebelum ini?

c- Ada testimonial daripada program mereka?

Dalam carian saya di internet antara tempat yang anda boleh belajar ilmu perniagaan internet….www.seminarpemasaranonline.com

Anda boleh gunakan dan dapatkan ilmu-ilmu dari semua cara untuk mendapatkan ilmu perniagaan internet yang saya gariskan di atas. Tidak ada salahnya.

“Tiada satu pun sumber ilmu boleh menjadikan anda berjaya secara AUTOMATIK. Anda perlu gunakan dan praktis ilmu-ilmu tersebut untuk anda berjaya”…

Sekian untuk entri kali ini…kita jumpa dalam entri berikutnya…part3…

Jumpa Lagi….

Comments

Leave a Reply