Rahsia Bagaimana Saya Menjalankan Perniagaan Internet Dan Anda Juga Boleh!- Part 3 & Last

Salam,

Terima kasih atas sokongan dan Alhamdulillah salah satu web saya telah menghampiri angka 21 ribu pelawat dalam masa hanya 4 bulan sahaja!… dan semuanya datang dari search engine (atau di panggil juga ‘organic traffic‘ atau ‘trafik percuma’).

Buktinya…(sila klik pada gambar untuk besarkan gambar)

12k

Trafik percuma yang saya dapat – walaupun web saya tak pernah share di facebook!

Seperti yang saya janjikan dalam post yang lepas ini adalah part 3 dan part 4 untuk berjaya dalam kerjaya sebagai seorang usahawan internet.

Langkah 3 – Ambil Tindakan

Ya. Setelah anda mendapatkan pelajaran dalam perniagaan internet (tidak kira samada ebook atau kursus) anda MESTI ambil tindakan atas apa yang anda telah pelajari. Ini kerana anda telah mendapat ilmu daripada hasil dari pembacaan mahupun pendidikan mengenai perniagaan internet. Susunaturkan kerja anda supaya mudah untuk anda memulakan kerja. Di bawah ini saya kongsikan 6 langkah untuk anda memulakan perniagaan internet anda dan seterusnya boleh berjaya sebagai usahawan internet…

1- Bina Kredibiliti Di Internet

Maksudnya di sini apa yang anda cuba tonjolkan diri anda di internet? seorang yang berpengetahuan mengenai apa? contoh anda tahu tentang kucing, buat duit online, internet marketing dan banyak lagi. Pilih salah satu dan fokus dalam SATU topik dahulu yang anda ada pengetahuan.

Kemudian beli domain yang berkaitan dengan topik anda dan beli webhosting. Kedua-dua ini penting untuk orang pergi ke web/blog anda dan ia juga penting dalam membina nama anda di pasaran internet. Kemudian, dirikan blog/website dan kongsikan dalam blog/website anda.

2-  Bina Database anda.

Di sini ingin saya tekankan bahawa, semua pelawat yg melawat website/blog belum tentu membeli apa yang anda tawarkan atau anda jualkan (jika anda ada kedai online). Sediakan tempat untuk mereka mendaftar dan dengan itu anda dapat berkongsi ilmu dan mengingatkan mereka mengenai produk anda atau produk yang anda sedang promotekan kepada database anda.

3- Promosi..promosi…dan promosi

Lakukan promosi untuk meningkatkan ‘awareness‘ orang mengenai kewujudan website/blog anda. Ada 1001 cara untuk melakukan promosi di internet, cumanya diharapkan anda dapat melakukannya dengan cara yg beretika dan tidak melakukan SPAM. Dalam melakukan pemasaran online ini anda kena cuba kesemuanya yg telah anda pelajari dan anda perlu konsisten. Namun begitu terdapat hanya 2 jenis pemasaran di internet iaitu yang PERCUMA dan yang BERBAYAR. Kedua-dua berkesan jika anda tahu teknik yang betul. Jadi, tepuk dada tanya poket dahulu sebelum memilih untuk melakukan pemasaran internet.

4- Test ..test dan buat analisis

Setelah anda penat lelah melakukan promosi-promosi di internet ianya agak rugi jika anda tidak ketahui yang mana satu sebenarnya berkesan untuk diri dan pasaran anda. Jadi, anda perlu test..test dan track serta buat analisis atas kesemua kerja-kerja promosi yang telah anda lakukan. Jika anda telah dapat keputusan anda boleh teruskan dengan hanya menggunakan teknik-teknik promosi yang berkesan untuk anda dan pasaran anda di internet.

5- Perbaiki..perbaiki dan perbaiki…

Anda telah melakukan promosi?…Bagus! …tapi mungkin anda akan bertanya pada diri kepada conversionnya rendah?…( jika anda ada buat analisis). Macamane nak tingkatkan conversionnya?…Jawapannya mudah!…Perbaikinya…perbaikinya sehingga anda berpuas hati dengan tahap conversionnya. Banyak faktor mempengaruhi kadar conversion web/blog. Mungkin anda boleh mengubah suai designnya, tulisannya, gaya penulisan anda dan beberapa perkara lagi.  Di sebabkan ini, belajar dan ambil pendidikan itu penting.

6- Ulang step 1-5

Jika anda telah berpuas hati untuk web/blog yang pertama anda ini. Untuk yang web/blog kedua apa yang perlu anda buat ada ulang semula langkah 1-5. Itu sahaja.

Mudahkan?… so, anda boleh start mulakan bisnes internet anda SEKARANG!

Ambil tindakan SEKARANG!

Langkah 4 – Bina dan Tingkatkan Displin Anda

Untuk berjaya dalam perniagaan internet atau bisnes internet dan seterusnya berjaya menjadi usahawan internet anda perlu bina atau tingkatkan displin diri dalam melaksanakan perniagaan internet anda. Menjalankan perniagaan internet sama juga kita berbisnes konvensional. Displinnya perlu ada.  Saya tidak boleh ajar displin kepada anda ini kerana hanya anda tahu masa anda dan pace anda. Cumanya sekurang-sekurangnya dalam sehari lakukan atau buatlah sesuatu dalam membina perniagaan internet anda.

Untuk hari ini, sekian terima kasih kerana membaca…kita jumpa di lain entri…

p/s : Untuk entri berikut…bagaimana kalau saya kongsikan bagaimana anda boleh mendapat 21 ribu pelawat dalam masa 4 bulan sahaja? anda mahu? sila tinggalkan komen anda…

Leave a Reply