Nak Cepat Sangat Kaya ? Cepat Berjaya ? ..Jangan…

too fastCepat Sangat…

Guru saya pesan…

Kita ni baru start bisnes atau baru start bekerja
Jangan semuanya nak cepat sangat…

Cepat sangat nak kaya
Cepat sangat nak digelar bijak pandai
Cepat sangat nak berjaya
Cepat sangat nak pakai kereta mewah
Cepat sangat nak rumah besar2

Kegopohan akan melibatkan ‘kos’ yg besar.
Guru pesan
Penuhkan ilmu di dada
Dan amalkan ilmu tersebut

Guru pesan lagi
Kita jangan cepat sangat…

Cepat sangat putus asa
Cepat sangat rasa diri gagal
Cepat sangat layu dalam berjuang
Cepat sangat sensitif
Cepat sangat kata tak boleh sebelum cuba
Cepat sangat menyalahkan orang lain.
Yang pasti yang perlu disalahkan adalah diri sendiri.

Guru pesan
Tuntutlah ilmu
Amalkan ilmu
Kuatkan hati
Tajamkan minda
Pandang pasti ada rahmat di sebalik sesuatu perkara

Jangan lupa berdoa mohon yang terbaik pada Nya.