Rahsia Bagaimana Saya Menjalankan Perniagaan Internet Dan Anda Juga Boleh!- Part1

Seperti dalam post saya yang lepas saya telah terangkan bagaimana saya memulakan perniagaan internet. Dengan hanya memulakan bisnes internet di CC (cybercafe) bukanlah sesuatu yang mudah tapi ianya boleh di laksanakan dan MAMPU menjana pendapatan sampingan jika di lakukan dengan cara yang betul.  Saya masih ingat lagi pada hari kedua saya menggunakan laptop pertama saya, Tuan punya cybercafe menegur saya, “patutlah dah tak nampak kat CC Akak…kat sini rupanya..” saya senyum jer..

Berbalik kepada persoalan di atas , bagaimana saya menjalankan perniagaan internet. Secara jujurnya, Setiap orang ada cara dan teknik masing-masing dalam menjalankan perniagaan internet begitu juga dengan saya. Cuma setiap perniagaan yang BERJAYA ada sistem yang ‘PROVEN’ yang mereka gunakan sebagai contoh Burger King, KFC ada sistemnya yang tersendiri…begitu juga dengan perniagaan internet, ada sistem yang perlu digunapakai untuk berjaya.  Saya mengambil 4 langkah PENTING ini untuk menjalankan perniagaan internet saya.

Langkah 1 – Saya Ambil Keputusan.

Mengambil keputusan ini penting bagi meneruskan kelangsungan bisnes internet sayadan juga anda. Pada masa kini saya lihat ramai  tapi TAK semua di antara kita sebagai contoh hari ini buat affiliate, besok nak buat servis penulisan pula, lusa nak buat servis untuk SEO pula mereka tidak membuat keputusan yang betul untuk melakukan bisnes internet. Mereka hanya sekadar ‘cuba-cuba’ atau ‘main-main’ dalam menjalankan perniagaan internet. Bila sesuatu yang buruk berlaku terhadap bisnes yang mereka sertai mereka mudah menuding jari kepada yang lain.

So, Buat keputusan dan stick pada keputusan yang anda buat contohnya jika anda ingin jadi affiliate stick pada keputusan anda untuk buat affiliate lupakan yang lain-lain dahulu tumpukan pada proses pembelajaran untuk jadi affiliate.

Ini perlu kerana TIADA satu pun bisnes yang anda sertai hari ini boleh menjadikan Anda KAYA pada keesokkannya termasuklah bisnes internet.

mungkin anda bertanya pada diri…”ya saya nak buat bisnes internet,  tapi apa yang saya nak buat?“… part selepas ini BEST..sebab saya akan kongsikan beberapa idea bisnes internet yang anda boleh belajar, ceburkan diri dan seterusnya bolehlah mendapatkan pendapatan melalui internet . Saya jelaskan secara ringkas dan harus diingat saya hanya ‘pointing out’ sahaja bukan ‘endorsed’ bisnes-bisnes di bawah…

1- Affiliate Marketing (Pemasaran Affiliate)

Di sini apa yang anda lakukan adalah mempromosikan produk-produk orang lain. Ada 1001 program affiliate di internet yang anda boleh lakukan antaranya clickbank.com, cj.com, amazon.com dan untuk Malaysia belum ada sistem seperti clickbank , anda boleh menjadi affiliate dengan pergi ke website produk owner seperti clickbank, amazon, infokerjaya, ashadee dan lain-lain. Untuk berjaya dalam pemasaran affiliate anda memerlukan beberapa skill sebagai contoh skill pengiklanan, penulisan, design skill, email marketing skill dan lain-lain.

2- Penghasilan Produk

Maksud saya adalah menghasilkan produk. Cara ini kurang lebih sama dengan pemasaran affiliate cumanya anda mempromosikan produk sendiri. Secara peribadi, bagi saya perlulah mencipta bukti dan nama dalam topik-topik yang buku hendak dihasilkan dengan menjadi affiliate dahulu barulah

Banyak lagi program-program yang boleh menjana pendapatan di internet antaranya menawarkan servis, freelance, pengiklanan, MLM dan lain-lain. Di mana setiap satu program ada kelebihan masing-masing. SO, tentukan yang mana satu anda ingin lakukan dan stick with it.  Buat masa ini saya masih melakukan pemasaran affiliate ‘affiliate marketing‘.

Persoalannya bukannya sesuatu program itu WORKABLE atau TIDAK tetapi BAGAIMANA anda melakukannya.

Untuk post yang berikutnya saya akan sambung ke langkah #2 ….

Jumpa Lagi.

Comments

Leave a Reply