Bagaimana Saya Memulakan Bisnes Internet…

Ramai di kalangan kawan-kawan saya bertanya … “malek macamana kau boleh berjaya buat bisnes internet?, kau dah jadi ali baba ke?..” ..saya hanya tersenyum dan memberikan sedikit penjelasan mengenai bisnes internet ini dengan secara ringkas kepada mereka.

Berdasarkan itu mulai hari ini saya ambil keputusan untuk berkongsi RAHSIA saya buat bisnes internet.

Sebelum itu, sejarah saya buat bisnes internet baru lagi. Saya berjinak-jinak dengan internet bermula hanya pada tahun pertengahan 2009, itupun buka email, baca email, buka akaun facebook pertama saya dan mencari info supplier untuk tempat syarikat saya bekerja. Pada akhir 2009 saya mulai serius untuk mengenali perniagaan internet itu apa sebenarnya dan bagaimana ‘guru-guru’ internet boleh buat duit dari internet. Saya ada beli beberapa buah ebook untuk menggali ilmu namun cara-cara dan teknik-teknik yang di berikan di dalam ebook tersebut kurang berkesan setelah saya melaksanakannya. Sehinggalah saya pergi ke Kelas Pembangunan Usahawan Internet anjuran Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd pada 6-7 Februari 2010 barulah saya dapat gambaran yang cukup jelas untuk melakukan bisnes internet diikuti dengan bimbingan yang berterusan dari Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd saya berjaya berada di tahap ini. Pada mula-mula saya mulakan perniagaan internet saya agak sukar, yelah dengan hanya berkelulusan Kesihatan Haiwan, tiada latar belakang IT, English yang tidak baik serta ketiadaan komputer peribadi.

Saya mulakan bisnes internet pada Februari 2010, hanya dari CC (Cybercafe). Pada bulan 4 saya berjaya mempunyai laptop sendiri hasil dari melakukan perniagaan internet. Sejak dari itu, saya tidak menoleh belakang lagi, saya ambil keputusan untuk buat full time. Bagi saya, “Internet marketing is a journey..not a destination..enjoy every journey..every single succeed step is… priceless. “

Cybercafe Tempat saya baru-baru Buat Perniagaan Internet

cc

“coupon ni masih valid untuk claim 3 jam FREE surfing…jika anda hendak…marilah jumpa saya ;)”

“Jika Orang Lain Boleh Saya Juga Boleh!”…

Sebenarnya tiada apa yg boleh menghalang dari seseorang itu berjaya dalam internet marketing mahupun pemasaran affiliate melainkan dari diri sendiri yang mengatakan “saya tidak boleh…saya tidak pandai…”.So, Mulai hari ini, kita tukarkan sedikit perkataan tadi menjadi…”saya tidak boleh LAGI….saya BELUM pandai LAGI..”Anda pasti mendapat semangat untuk meneruskan peningkatan ilmu dalam perniagaan internet dan.. Anda pasti akan terkejut dan gembira dengan perubahan yang anda akan alami jika laksanakannya dengan secara konsisten.

Kawan-kawan di forum berterima-kasih kepada saya :)…

warriorforum-1024x507

Sebahagian kecil dari salah satu akaun pendapatan Online saya (all in USD)…

someincome-150x150

Trafik Percuma Yang Datang ke Salah Satu Website Saya

12k

Pada Entri berikutnya saya akan kongsikan step by step untuk menjalankan perniagaan internet seterusnya berjaya menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. So, Stick with me…;)

Jumpa di lain entri…

Leave a Reply