9 Strategi Berkesan Mendapatkan Duit Dari Internet Melalui Blog

Blog adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan dari internet. Ramai orang mempunyai blog sendiri tapi tak ramai yang mampu menjana pendapatan melalui blog. Di sini saya gariskan 9 step yang boleh membantu anda menjana pendapatan melalui blog.
Langkah 1 – Pilih Topik Anda

Pemilihan topik boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu cara pertama anda boleh memilih topik melalui minat anda atau cara yang kedua anda boleh memilih topik melalui kajian anda.
Apabila sesebuah topik yang dipilih berdasarkan minat anda, ia akan memudahkan anda untuk anda menulis mengenai topik tersebut dan anda akan lebih bermotivasi untuk terus menulis mengenai topik tersebut.
Jika hendak memilih topik untuk blog anda melalui kajian, pilihlah topik yang mempunyai demand yang tinggi tetapi tidaklah terlalu kompetetif.
Langkah 2 – Pemilihan Keyword

Jika boleh dalam membuat kajian untuk mecari dan mendapatkan keyword yang bagus untuk blog, carilah carilah keyword yang banyak orang cari dan tidaklah terlalu kompetatif. Secara amnya anda boleh menggunakan pilih keyword yang mempunyai 1,000 exact keywords sebulan di mana ia mempunyai permintaan yang bagus dan anda akan terima ramai pelawat.Untuk chek kadar kompetatif, anda boleh check 10 website yang menggunakan keyword yang anda pilih dan kaji samada ada website tersebut agak mudah atau sukar untuk di atasi.Jika sukar untuk outrank website tadi, pilih keyword lain.
Selain itu, jangan lupa untuk memilih SATU main keyword dan 4 atau 6 ‘long tail keyword’ yang lainnya.
Langkah 3 – Hosting dan Domain

Setelah itu, dapatkan domain (seperti blog saya : www.malekmb.com) dan hosting. Anda boleh pilih hosting yang percuma TETAPI jika anda ingin buat duit melalui blog anda yang berbayar adalah yang terbaik. Ini kerana ia nampak professional dan blog anda tidak akan ditutup tanpa notis. Setelah mendapatkan hosting anda perlu mendapatkan domain dan yang terbaik pilihlah .com atau .net.
Langkah 4 – Gunakan WordPress

Di internet banyak skrip-skrip blog yang anda boleh gunakan. tetapi jika boleh gunakan wordpress. Ini kerana di pasaran internet, wordpress adalah yang paling popular dan antara yang terbaik serta ia mudah untuk diselenggarakan.
Langkah 5 – Selalu Updates

Setelah anda install skrip blog wordpress hosting anda, anda perlu memasukkan isi kandungan ke blog anda. Anda boleh melakukannya dengan menulis artikel dan masukkan ke blog anda. blog yang selalu di updates dan sentiasa mempunyai isi yang baru akan lebih di value oleh search engine dan akan akan meletakkan blog anda di ranking yang lebih baik. Salah satu kesilapan orang buat adalah dengan membiarkan blog mereka tanpa update dan akhirnya blog mereka akan kekal mati sebegitu dan langsung tak dapat menjanda pendapatan di internet melalui blog.
Langkah 6 – Promosikan Blog

Anda perlu ingat hukum buat duit di internet, iaitu TLC (Trafik, List Dan Conversion). Jadi, untuk mendapatkan pendapatan melalui di internet melalui blog anda perlu mendapatkan trafik. Untuk mendapatkan trafik anda wajib melakukan promosi.Anda boleh mendapatkan trafik dengan melakukan backlink iaitu dnegan melakukan letakkan signature di forum-forum yang anda sertai, meninggalkan komen-komen di blog yang mempunyai trafik yang tinggi, ping blog anda dan lain-lain strategi.
Langkah 7 – Berkomunikasi dengan Pelawat-Pelawat Blog

Jika ada yang meninggalkan komen, jika boleh jawab komen-komen mereka dengan baik. Ini akan merapatkan hubungan anda dengan pelawat-pelawat blog anda dan menimbulkan rasa di hati mereka untuk datang kembali ke blog anda.Anda juga boleh memberikan khidmat nasihat mengenai produk atau servis yang ada di pasaran di dalam topik anda. Selain itu, anda juga boleh bertanya kepada mereka mengenai produk-produk atau servis yang ada  di pasaran dengan tujuan untuk meningkatkan komunikasi di antara anda dan pelawat-pelawat blog anda. Membina hubungan yang baik dengan pelawat-pelawat anda adalah kunci kepada kejayaan blog anda.
Langkah 8 – Monetize Blog Anda

Apabila blog anda ada isi kandungan dan anda sudah lihat ada trafik anda boleh mula memonetizekan blog anda. Anda boleh measukkan google adsense atau produk-produk affiliate yang anda promosikan TETAPI jangan berlebihan. Jangan jadikan blog anda macam satu papan iklan yang besar, satu-dua iklan sudah memadai. Bila di blog anda mempunyai kurang iklan, anda akan lebih banyak dapat jualan berbanding blog yang mempunyai terlalu banyak iklan.
Langkah 9 – Ulang

Pada awalnya anda tumpukan SATU blog sahaja. Jika anda sudah berjaya menjana pendapatan di internet melalui blog tersebut, anda boleh ulang langkah-langkah di atas untuk membina blog-blog yang lain.
Menjana pendapatan di internet melalui blog adalah salah satu langkah yang bagus untuk mendapatkan pendapatan tambahan di internet. Yang penting anda kekalkan fokus anda dan lebihan usaha anda Insyaallah anda boleh berjaya.
Salah satu contoh blog saya yang telah berjaya mencapai 12588 pelawat dalam masa kurang daripada 3 bulan. Semuanya Trafik Percuma!…
12k-300x99

Anda ingin katakan sesuatu?…sila tinggalkan komen anda…

Terima Kasih Kerana Membaca Dan Jumpa Lagi di Lain entri…

Leave a Reply