3 Sebab Utama Gagal Dalam Perniagaan Internet

Pada masa kini ramai yang cuba-cuba buat duit dari intenet dan tak kurang juga yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Sebenarnya apa yang membezakan di antara yang gagal dan yang berjaya ini? …Ermm banyak sebab yang boleh di gariskan sebenarnya yang meyebabkan 95% orang gagal dalam perniagaan internet mereka. Di sini saya cuma menggariskan 3 sebab yang paling utama kenapa anda boleh gagal dalam perniagaan internet…

Kesilapan Utama #1 – Tidak Mendapatkan Ilmu Perniagaan Internet

Jangan terkejut, sebenarnya ramai di internet suka dan cuba untuk buat duit di internet dengan cara ‘belasah jer’ atau ‘asal boleh’ atau dengan kata lain ‘hentam sahajalah’. Hingga akhirnya mereka-meraka ini tidak tahu yang mereka dah buat. Yelah, banyak benda dah buat (dengan cara hentam kromo) tapi duit tak dapat-dapat juga hingga akhirnya mereka akan berkata pada diri sendiri “apa dah aku buat? tak dapat apa pun?”…Ermm…inilah sebab tidak mahu mendapatkan ilmu-ilmu perniagaan internet. Bagi memudahkan cerita, jika anda ingin jadi jurutera, anda perlu menuntut ilmu kejuruteraan dan praktis ilmu-ilmu tersebut barulah anda boleh jadi jurutera. Ada yang jadi jurutera hasil dari cara hentam kromo aje ke?… Anda tahu jawapannya bukan. Malangnya ianya TIADA! Sama juga seperti perniagaan internet, anda perlu mendapatkan ilmu-ilmu perniagaan internet dan praktis ilmu-ilmu tersebut kemudian barulah anda boleh bergelar usahawan internet! Anda boleh mempelajari perniagaan internet ini samada dari buku-buku yang ada di pasaran mahupun dari seminar-seminar usahawan internet atau seminar pemasaran online

Kesilapan Utama #2- Target Yang Tidak Realistik

Dalam menjalankan mana-mana perniagaan anda perlu meletakkan target. Bila ada target barulah adalah perancangan. Selalu saya ingat kata orang bijak pandai “orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!”. Jika anda sudah ada target…Bagus! izinkan saya bertanya realistik ke tidak target anda? Ramai di kalangan pengusaha perniagaan internet terutama yang baru cuba-cuba untuk buat duit di internet meletakkan target yang tidak realistik. Contohnya, anda baru kenal perniagaan internet, baru 7 hari kenal perniagaan internet tapi hari kelapan anda meletakkan target “dalam masa 48 jam dari sekarang saya nak dapat RM1000 dari internet!” Wah!…target tersebut sudah anda tidak boleh capai kerana banyak lagi yang perlu anda lakukan dalam pemasaran internet. Perniagaan internet ini bukannya ada “magik button” yang anda klik sahaja anda dapat RM1000 dengan mudah. Biasanya mereka-meraka yang meletakkan target tidak relaistik ada kaitan dengan kurangnya melakukan research mengenai perniagaan internet. Ingat…Segala-galanya perlukan masa. Perlukan sedikit masa untuk anda mahir dengan pengetahuan teknikal, perlu mahir dengan teknik-teknik pemasaran internet, perlukan sedikit masa untuk untuk melakukan research yang betul dan perlukan sedikit masa untuk perniagaan internet anda berkembang. INGAT…manusia ada satu penyakit, iaitu penyakit mudah putus asa, jika anda meletakkan sesuatu target dan anda gagal mencapai target tesebut…Anda akan rasa kecewa dan akhirnya ia menjurus kepada menyalahkan perniagaan internet itu sendiri. jadi, letakkanlah target yang bersesuian dengan kemampuan diri dalam menjalankan perniagaan internet ini. Ini bagi mengelakkan rasa kecewa dan putus asa.

Kesilapan #3 – Tidak Melakukan Branding Dan Tidak Mendapatkan Trafik Yang Cukup

Anda perlu brandkan perniagaan internet anda. Ini bermaksud anda perlu mendapatkan domain sendiri dan domain untuk perniagaan internet anda. Prospek pembeli biasanya akan melihat pada brand perniagaan anda dan akan sentiasa pantau pengembangan perniagaan anda. Setelah anda mempunyai domain dan website sendiri, anda perlukan trafik yang mencukupi untuk mendapatkan jualan di internet. Tanpa melakukan pemasaran web anda tidak akan di ketahui oleh orang ramai. Jadi dapatkan domain anda dan lakukanlah pemasaran.

Sekian…Jumpa Lagi di lain entri…

Leave a Reply